BRINGING HERBS TO THE WORLD

Gallery

  • Main
  • Gallery

Perjalanan Adalah Sebuah Cerita...

Perjalanan adalah sebuah cerita...
Pinjaman untuk kita semua di dunia...
Satu perkongsian untuk kita semua...
Insha Allah..segala urusan akan terjaga...
???

Syarikat Lieza Anggun Enterprise mula mengenali Jabatan Pertanian Daerah Langkawi pada tahun 2018,mula mengikuti beberapa kursus yang ditawarkan,serta mengenali beberapa usahawan lain dibawah IAT datang minat yang semakin hari semakin mendalam dalam mempelajari sesuatu benda baru dan secara tidak lasung dapat berkongsi rezeki pada orang lain. Bermula dari nama yang diilhamkan lahirlah produk yang dimaksudkan ialah Balm dari jenama Mahsuri Gold yang diformulakan sendiri dari seorang Pengasas dari Pulau Langkawi.

Bermula dari pintu rumah,produk yang dihasilkan pada tahun 2016 hanya sekadar ingin mengisi masa dan menambahkan pendapat kini bertukar kepada dunia 'USAHAWAN' kini syarikat mempunyai 3 orang perkeja sambilan yang menguruskan penghasilan produk bagi memenuhi permintaan.

Jutaan terima kasih kepada Pengawai Pertanian Daerah Langkawi En khozaid bin Mansor di atas kemudahan yang diberikan dan sangat mengambil berat atas keperluan usahawan,walaupun pada peringkat pertama mengalami beberapa perubahan plan asal, yang agak menyusahkan beliau dan pengawai kanan beliau Pn.Nor Hashela binti Rahani untuk membuat perubahan semula kerana plan awal telah diluluskan. Beliau yang agak sibuk tetap luangkan masa untuk bincang semula bagi memenuhi keperluan asas tempat tersebut.Sanggat terharu dan berterima kasih sekali lagi dengan usaha En khozaid bersama Pn Shela dalam menyelesaikan hal tersebut dengan terbaik bagi keselesaan Bengkel dan Galeri Mahsuri Gold.

Terima kasih Jabatan Pertanian Negeri Kedah Daerah Langkawi,di atas sumbangan sebuah Bengkel dan Galeri untuk dijadikan satu platfrom kepada Mahsuri Gold berkembang maju disamping pekerja dapat menguruskan aktiviti dengan lebih selesa dalam menghasilan produk dan jualan ke arah lebih baik.

Alhamdulillah,Doa dan sokongan kuat dari keluarga mendorong mencapaian Mahsuri Gold ke tahap ini dan kekuataan team MG bermula 27/07/2019 hingga ke hari hari ini saban hari cukup memberi kesan kepada syarikat.Tahniah semua!!!!

#terimakasihJabatanPertanianNegeriKedah
#mahsurigoldusahawanIATlgk
#balmmahsurigold_hq
#tqmyteamsupportMG
#@produkusahawanlangkawi
#@Liezaanggun_balm
#doadalampkpAllahpermudahkan
#perniagaanbukansekadarterimatapisebaliknya
#bringingtheherbstotheworld